Monday, March 5, 2012

Tangan kebas dan sakit ketika mengandung... mungkin "carpal tunnel syndrome"

Ibu mengandung kerap mengalami kebas dan sakit di tangan, tanda2 ini mungkin disebabkan oleh  "carpal tunnel syndrome". Syndrome ini selalu dikaitkan dgn mereka yang pekerjaannya byk menggunakan tgn seperti kerani yang menaip tetapi kerap juga berlaku pada ibu mengandung

Simptom2 termasuk kebas, rasa mencucuk2, pedih, sakit di jari, tangan, pergelangan tangan dan lebih teruk hingga boleh menyebabkan tgn lemah, tak mampu nak pegang brg atau brg terlepas dr tgn..

Kebiasaannya kedua2 belah tgn akan mengalami simptom ini dan boleh terjadi pada bila2 masa sepanjang kehamilan tetapi selalunya bermula atau semakin teruk pada separuh kedua kehamilan kerana pada masa itu ibu hamil banyak menampung air dalam badan.

Apa kaitan air banyak dan carpal tunnel syndrome?

 

Carpal tunnel adalah seperti terowong di pergelangan tangan yang terdiri dari carpal bones dan ligament. Air yang berlebih dalam badan ketika mengandung menyebabkan tekanan meningkat dalam ruang yang sempit dan menyebabkan median nerve di tekan.

Median nerve memberi deria rasa kepada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan separuh jari manis dan membolehkan pergerakan otot di ibu jari.. apabila nerve ini ditekan maka terjadilah simptom2 yang dinyatakan di atas.

Apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan sakit?

-Kurangkan pergerakan tangan yang berulang kali atau mengangkat brg berat.

-Jika bekerja dengan computer, pastikan pergelangan tgn tidak bengkok ketika menaip dan gunakan keyboard yang ergonomic. rehat sekali sekala dan buat stretching

-Waktu malam pula, boleh letak tangan di atas bantal dan jgn tidur di atas tgn. Anda juga boleh menggunakan night splint supaya pergelangan tgn tegak dan dpt mengurangkan sakit.



Ibu-ibu yang mengalami simptom di atas jangan risau kerana selalunya ia akan hilang selepas bersalin. Jika simptom berterusan sehingga lepas bersalin, sila dapatkan nasihat pakar orthopaedic.


read more :
http://www.babycenter.com/0_carpal-tunnel-syndrome-during-pregnancy_234.bc?page=2

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...